Jumaat, 17 September 2010

masjid jamek kubang semang,bukit mertajam,p.pinang





Kubang Semang terletak di dalam daerah bukit mertajam, Pulau Pinang,atau lebih spesifiknya di dalam kawasan seberang perai tengah ini mempunyai sebuah masjid jamek atau lebih spesifiknya ialah Masjid Jamek Kubang Semang.Pembinaan masjid ini terbahagi kepada 4 fasa iaitu pembinaan masjid lama,pembinaan masjid baru,naik taraf masjid fasa 1 dan naik taraf masjid fasa 2.Masjid lama telah dibina pada 13 December 1397 manakala masjid jamek yang baru pula dibina pada 24 November 1977 .fasa pertama masjid ini mula dibina pada tahun 2000 dan siap pada tahun 2003.naik taraf masjid fasa pertama adalah untuk memperluaskan kawasan masjid untuk kemudahan penduduk di sini.fasa pertama ini juga telah menjadikan masjid ini dua tingkat.tingkat bawah adalah untuk jemaah lelaki dan tingkat atas adalah untuk jemaah perempuan.pembinaan masjid dalam fasa pertama ini juga telah mengantikan qubah masjid yang lama kepada yg baru.fasa ke 2 dijangka akan bermula pada awal tahun 2011.fasa ke 2 ini adalah untuk memperbesarkan lagi masjid bagi dapat menampung jemaah dikawasan ini.

 Seni bina masjid lama berasaskan konsep seni bina melayu manakala seni bina masjid baru ini dibina berasakan tiga konsep iaitu moghul,arab dan parsi.Seni bina kubah masjid baru ini berasakan seni bina arab manakala menara nya pula berasaskan seni bina moghul dan seni bina pada dindingnya berasakan seni bina parsi. Pada asalnya masjid ini dibina daripada kayu yang sehingga kini masih dipelihara dan dikekalkan ciri pembinaanya.Masjid asal atau masjid lama ini kini dijadikan tempat untuk belajar agama atau lebih spesifiknya sebagai sekolah agama(KAFA) untuk anak-anak qaryah kampung disekitar kawasan ini.Masjid yang baru pula dibina didalam kawasan yg sama bersebelahan dengan masjid lama.Disebelah belakang masjid ini terdapat sebuah sekolah tahfiz yang dibina untuk melatih pelajar-pelajar menghafaz Al-Quran.sekolah KAFA dan sekolah tahfiz ini juga akan diperbesarkan mulai hujung tahun ini bagi menampung jumlah pelajarnya.

sumbangan pembinaan masjid ini banyak dibantu ikhlas dari penduduk-penduduk di kawasan ini melalui wakaf dan derma.Ia juga turut diberikan sumbangan ikhlas koporat oleh Dato ishak bin ismail yang merupakan anak kelahiran di kawasan ini.

carta organisasi masjid:
imam utama :ustaz badri
bilal:abd jalil bin arifin
pengerusi masjid :ustaz ghoffur bin mahmud
naib pengerusi :ustaz suhaimi bin harun
setiasusaha: ibrahim bin ali
ajk:yahya bin ismail

Banyak aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh ahli jawantankuasa masjid disini.antaranya ialah ekspo perubatan islam yang diadakan pada 1,2 dan 3 mei 2010.lebih kurang 60 buah gerai disediakan kepada pengusaha-pengusaha kecil-kecilan sama ada untuk mempromosikan produk perubatan mereka ataupun memberikan khidmat percuma untuk anak qaryah disini.antara perkhidmatan yang disediakan secara percuma ialah pemeriksaan kesihatan(pemeriksaan darah dan tekanan).ada juga yang membuat promosi produk-produk.
ekspo kesihatan


disamping itu,ajk masjid juga banyak menganjurkan aktiviti bersama dengan anak qaryah disini.antaranya ialah aktiviti sukaneka, ceramah-ceramah agama ,majlis berbuka puasa dan juga majlis sambutan hari raya.majlis sambutan hari raya pada tahun 2010 telah diadakan pada hari raya kedua(11 september 2010) pd jam 8.30 mlm.majlis ini juga turut dihadiri oleh pemimpin kawasan ini.pada setiap tahun pada hari raya qurban masjid ini akan mengadakan kenduri untuk penduduk di sini.sepanjang bulan puasa masjid ini akan mengadakan solat terawih berjemaah,majlis berbuka puasa ,tilawah al quran dan more.
antara program-program khas yang diadakan di masjid ini ialah kursus haji,majlis akad nikah.
aktiviti harian masjid ialah solat berjemaah,kuliah subuh,kuliah magrib dan pengebumian jika ada mayat.pada setiap hari jumaat pagi masjid ini akan menjemput penceramah untuk berbincang mengenai masalah berkenaan agama.dalam program ceramah ini, para hadirin yg hadir dapat menanyakan kemushkilan tentang agama.ada juga kelas belajar tarannum dan tajwid yang dianjurkan oleh masjid ini bagi memperbetulkan bacaan Al-quran.pada setiap malam juamaat pula akan diadakan  majlis bacaan yassin beramai-beramai.
manakala pada hari-hari biasa seperti hari rabu diadakan bacaan dan terjemahan kitab oleh ustaz muhammad yang merupakan guru tahfiz.
 
sukaneka

Kemudahan Masjid ini ialah mempunyai koperasi nya sendiri yang diberi nama sebagai Koperasi Qaryah Masjid Kubang Semang.Koperasi masjid inilah yang merancang segala hal kewangan masjid.Segala aktiviti yang dianjurkan juga mendapat sokongan daripada koperasi ini.Koperasi ini juga turut memberi sumbangan dalam menaik taraf sekolah agama (KAFA) untuk kegunaan anak-anak qaryah disini.Selain itu,koperasi ini turut memberi sumbangan kepada fakir-fakir miskin dan juga anak-anak yatim pada setiap tahun.Sumbangan juga turut diberikan kepada pelajar-pelajar cemerlang dalam peperiksaan pada setiap tahun.Koperasi ini juga mengelola perbelanjaan sekolah tahfiz yang ditubuhkan kerjasama penduduk disini.koperasi ini juga turut menyumbang kepada ahli keluarga jenazah seperti menyediakan kain kapan,keranda.koperasi qaryah ini juga turut menyumbang kepada mangsa kebakaran dan banjir yang pernah berlaku di kawasan ini.antara kemudahan lain ialah masjid ini mempunyai sekolah agama(KAFA) dan sekolah tahfiz.kemudahan lain ialah seperti tempat meletak kereta,kubur bersebelahan masjid,lampu siren bagi mengumumkan jika ada kematian di kawasan ini,tempat meletak kasut,bilik menukar pakaian,tandas,kolah air untuk berwuduk,dan bilik jenazah.

antara masalah yang dihadapi oleh masjid ini ialah keluasan masjid sekarang ini tidak dapat menampung bilangan penduduk disini terutamanya ketika solat sunat hari raya.masjid ini telah mengambil inisiatif untuk memperbesarkan keluasan masjid ini pada awal tahun hadapan.selain itu masalah yang dihadapi oleh masjid ini ialah masalah kehilangan kasut yang sering terjadi dan penyelesainya ialah masjid ini telah menyediakan rak kasut.masalah lain ialah masalah pengunjung yang datang tidak menghormati masjid dengan menghisap rokok dikawan masjid dan penyelesainya ialah telah ditampal papan tanda larangan merokok dikawasan masjid ini.



Sekian Terima Kasih


Nama:`Afifah Bt Abd Razak
Program:AS225
Group:ASB1AG
Nama Masjid:Masjid Jamek Kubang Semang
Rujukan:Samsudin bin Hassan